Hati Vs Akal yang berfikir
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 2:12 AM 0 comments
Al-Quds di Siang & Malam
Al-Quds yang subur
Menghimpunkan kekasih-kekasih tuhan
Terhimpun kisah manusia dengan hikayat yang nyata
Tersimpan rapi rahsia perbendaharaan
Bangkit jiwa yang tersembunyi
Bersuara pelangi di siang hari
Melimpahi bumi berdarah suci
Laungan bintang berkedip di malam hari
Luruh menyinari hati nurani
Aduhai siang
ditengelami malam
sehingga terbit fajarmu
Mereka masih bermalaman
Aduhai malam
ditengelami siang
sehingga terbit senjamu
Mereka masih kesiangan
Bumi yang berwajah manusia
Masih tersenyum bersama tangan-tangan dusta.
aku 16/7/2012
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 8:26 PM 0 comments
Kategori Puisi
Bapa dan Milo
Hahahaha...tgk kawan sepejabat tgh makan serbuk Milo tanpa bancuhan air. Teringat plak aku time kecil-kecil dulu, aku makan Milo macam tu dgn arwah bapa aku kat belakang rumah sebunyi-sebunyi makan, takut kat mak aku,hahahahaha...keadaan itu masih segar dalam ingatanku mengenang gelagat bapa aku yang macam budak-budak. Banyak jugak la kita orang makan masa tu sangat gelojoh. Kalau aku tak silap sebab apa bapak aku bertabiat macam tu, agaknya lepas aku dah kena blasah dengan dia..pasal apa? aku pon dah lupa..so dia buatlah teknik pujuk kot..hahahaha..
Produk Milo ni bagus untuk kesihatan dan sinonim dengan minuman sukan.Ada yang bancuhnyer dgn air campur gula ada pula yg bancuh air campur susu, bergantung kepada rasa masing-masing. Masa zaman sekolah rendah dulu ada lori Milo tiap2 bulan datang sekolah, aku pelik sampai sekarang, pasal rasa Milo yang dari lori Milo tu lain bancuhannya lagi ada uuummmm!!!.Entahlah dibancuh pakai ape ntah. Kalau aku terserempak dengan lori Milo aku nak tanya dia, mcm mana bancuhannya?. Jom pekena secangkir Milo ais!!!
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 7:30 PM 0 comments
Sudah cukup aku membawa bayangmu
Namamu ku sebut setiap kali inginku pejamkan mata
Berkali-kali aku mencuba lupakan
Kau tetap hadir ke dalam sanubariku
Mendakap ruang di hatiku
Tuhan dia yang aku pinta
Aku ingin mencuba untuk dekatinya
Izinkan aku menjadi pelindung dan pembimbingnya
Setiap kali aku dan dia bernafas
Sempurnakanlah kasih ini
Bawalah hatinya bersama-sama
Yang akhirnya mengindahkan hidup ini
Imran blok 21/ pantai dalam
12/1/2012
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 9:40 AM 0 comments
ubah cara hidup
Rasanya agak lama tak menulis, tiba-tiba macam terpanggil nak share sikit pengalaman hidup ni yang hampir ke 28 tahun. Bagi aku la kan untuk maintain hidup dalam apa pun yang kita buat hendaklah berpatutan selain merancang atas kemampuan diri. "Ubah cara hidup", inilah jalan yg lebih baik yang hendak aku perkatakan.
Bila sampai hujung bulan dapat gaji, bayar hutang sana-sini. Duduk kat area lembah Klang ni memang mencabar gaji 3000 ke bawah dah dikategorikan miskin da ni.Kalau ikutkan nafsu memang nak beli macam-macam nak rasa nikmat hidup orang senangkan.
Walaubagaimanapun aku bersyukur masih berupaya hidup berdikari di bandar besar kL ni, kadang-kadang duduk berbincang dengan kawan-kawan aku pasal lifestyle rata-rata setuju kalau tak mampu jangan hipokrit "ubah cara hidup" duit simpanan penting biar kasi nampak kita bekerja. Syukurlah aku dapat kawan-kawan yang sederhana gayanya sungguhpun mereka dikalangan pegawai dan ahli akademik muda
Bila aku duduk lepak melihat sekeliling anak-anak muda yang baru dapat biasiswa/pinjaman/ remaja yang masih disara oleh mak bapak/segelintir pegawai muda yang baru nak hidup macam aku ni, masing-masing ikut jiwa muda, ada duit belanja sakan beli kereta mewah, beli iphone, ipad, shopping yang ada brand la, lepak kat starbuck atau di tempat-tempat chill mewah la macam kat the curve/midvalley/pavilion...pelik adakah mereka ni seolah-olah tidak suka merancang atau tiada rasa tanggungjawab terhadap perkara lain yang lebih penting...rasanya gaji/ biasiswa/pinjaman..macam cukup-cukup je kalau duduk kat kL ni..hahaha..mungkin tu cara mereka atau mak bapak dia memang kaya raya.
Mungkin cara aku berfikir lain kot, benda-benda yang aku sebutkan tu tak ada pun salahnya untuk kita dapatkan atau rasai. Kalau mampu oklah kalau tak mampu "ubah cara hidup" jangan malu insyallah cukup time kita akan lebih mampu dari mereka. Aku share sikit la latar belakang family aku, Sejak aku remaja sampai dewasa kami sekeluarga memang suka berdikari kadang-kadang rasa susah, tak dapat nak dibayangkan mak bapak aku besar kan 9 orang anaknya dan kami tidaklah demand apa-apa, tak seperti anak-anak sekarang, hampeh!. Mungkin atas kesempitan begitu kami ada sikap kia su yang mahu senang dengan sendirinya tanpa harapkan mak bapak.Banyak juga la pengalaman susah kami dulu aku gunakan ke dalam dunia aku yang semakin dewasa ini.
So, aku berfikir panjang dan mengambil keputusan kita "ubah cara hidup" yang lebih jimat/ ada simpanan tetap bulanan /kesihatan yang sempurna dan lebih bertanggungjawab terhadap kedua ibu bapa dan keluarga dan paling penting amalan kita dgn tuhan tak boleh berjimat cermat. Kalau sebut cinta dan kawin nanti dulu kumpul duit dulu da.
Selamat datang 2012 dan aku bersedia untuk berubah.Dosa 2011 aku tinggalkan.
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 9:04 PM 0 comments
HUBUNGAN ETNIK YANG MERUNSINGKAN
Saya merasa terpanggil untuk menulis artikel ini memandangkan saya baru sahaja selesai menghadiri seminar hubungan etnik di Hotel Concorde Inn KLIA anjuran UUM . Seminar yang membincangkan aspek-aspek perhubungan di dalam kegiatan pelajar di universiti ini telah dijalankan selama 2 hari dengan jayanya.
Secara umumnya saya melihat dan berpandangan bahawa semua dasar perpaduan darisegi sosial, ekonomi dan hubungan budaya telah banyak kita amalkan sejak dari peristiwa 13 mei. Usaha ini banyak juga dimainkan oleh kerajaan. Namun begitu kerunsingan sehingga hari ini khususnya di semenanjung masih kita alami apabila berbicara tentang hubungan etnik. Saya melihat ianya terjadi atas sebab berikut:-
1. Hanya yang bersungguh-sungguh dalam soal ini adalah kerajaan.
2. Hanya yang bersungguh-sungguh mengamal dan bercakap tentang perkara ini, sebilangan besar orang-orang melayu.
3. Masing-masing tidak begitu sensitif dalam menguruskan kaum masing-masing.
4. Rakyat Malaysia, masih kurang tahap pemahaman budaya kaum lain.
5. Generasi ini banyak yang mahu bercakap dan mahu jadi hero.
6. Tahap patriotisme dan asimilasi terhadap konsep 1Malaysia generasi kini sangat kurang.
7. Pemahaman orang Melayu dalam beragama masih menimbulkan sikap prejudis terhadap kaum lain.
8. Kaum lain yang tidak memahami konsep hak dan saksama.
Saya tidak mahu mengulas secara lanjut tentang 8 perkara diatas. Saya sangat tertarik dengan Prof Dr.Mansor dari UKM yang menyatakan dalam kajian beliau bahawa masyarakat Melayu & India mempunyai tahap sensitiviti yang sama iaitu agama manakala masyarakat cina sensitif terhadap bahasanya. Perkara ini sewajarnya para pemimpin dan ahli akademik mengambil tahu supaya urusan dalam pembentukan perhubungan sesama etnik dapat diuruskan dengan lebih baik & berkesan.
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 2:39 AM 0 comments