Saya merasa terpanggil untuk menulis artikel ini memandangkan saya baru sahaja selesai menghadiri seminar hubungan etnik di Hotel Concorde Inn KLIA anjuran UUM . Seminar yang membincangkan aspek-aspek perhubungan di dalam kegiatan pelajar di universiti ini telah dijalankan selama 2 hari dengan jayanya.
Secara umumnya saya melihat dan berpandangan bahawa semua dasar perpaduan darisegi sosial, ekonomi dan hubungan budaya telah banyak kita amalkan sejak dari peristiwa 13 mei. Usaha ini banyak juga dimainkan oleh kerajaan. Namun begitu kerunsingan sehingga hari ini khususnya di semenanjung masih kita alami apabila berbicara tentang hubungan etnik. Saya melihat ianya terjadi atas sebab berikut:-
1. Hanya yang bersungguh-sungguh dalam soal ini adalah kerajaan.
2. Hanya yang bersungguh-sungguh mengamal dan bercakap tentang perkara ini, sebilangan besar orang-orang melayu.
3. Masing-masing tidak begitu sensitif dalam menguruskan kaum masing-masing.
4. Rakyat Malaysia, masih kurang tahap pemahaman budaya kaum lain.
5. Generasi ini banyak yang mahu bercakap dan mahu jadi hero.
6. Tahap patriotisme dan asimilasi terhadap konsep 1Malaysia generasi kini sangat kurang.
7. Pemahaman orang Melayu dalam beragama masih menimbulkan sikap prejudis terhadap kaum lain.
8. Kaum lain yang tidak memahami konsep hak dan saksama.
Saya tidak mahu mengulas secara lanjut tentang 8 perkara diatas. Saya sangat tertarik dengan Prof Dr.Mansor dari UKM yang menyatakan dalam kajian beliau bahawa masyarakat Melayu & India mempunyai tahap sensitiviti yang sama iaitu agama manakala masyarakat cina sensitif terhadap bahasanya. Perkara ini sewajarnya para pemimpin dan ahli akademik mengambil tahu supaya urusan dalam pembentukan perhubungan sesama etnik dapat diuruskan dengan lebih baik & berkesan.
HUBUNGAN ETNIK YANG MERUNSINGKAN
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 2:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda di sini setelah selesai membaca. Terima kasih.