Rasanya agak lama tak menulis, tiba-tiba macam terpanggil nak share sikit pengalaman hidup ni yang hampir ke 28 tahun. Bagi aku la kan untuk maintain hidup dalam apa pun yang kita buat hendaklah berpatutan selain merancang atas kemampuan diri. "Ubah cara hidup", inilah jalan yg lebih baik yang hendak aku perkatakan.
Bila sampai hujung bulan dapat gaji, bayar hutang sana-sini. Duduk kat area lembah Klang ni memang mencabar gaji 3000 ke bawah dah dikategorikan miskin da ni.Kalau ikutkan nafsu memang nak beli macam-macam nak rasa nikmat hidup orang senangkan.
Walaubagaimanapun aku bersyukur masih berupaya hidup berdikari di bandar besar kL ni, kadang-kadang duduk berbincang dengan kawan-kawan aku pasal lifestyle rata-rata setuju kalau tak mampu jangan hipokrit "ubah cara hidup" duit simpanan penting biar kasi nampak kita bekerja. Syukurlah aku dapat kawan-kawan yang sederhana gayanya sungguhpun mereka dikalangan pegawai dan ahli akademik muda
Bila aku duduk lepak melihat sekeliling anak-anak muda yang baru dapat biasiswa/pinjaman/ remaja yang masih disara oleh mak bapak/segelintir pegawai muda yang baru nak hidup macam aku ni, masing-masing ikut jiwa muda, ada duit belanja sakan beli kereta mewah, beli iphone, ipad, shopping yang ada brand la, lepak kat starbuck atau di tempat-tempat chill mewah la macam kat the curve/midvalley/pavilion...pelik adakah mereka ni seolah-olah tidak suka merancang atau tiada rasa tanggungjawab terhadap perkara lain yang lebih penting...rasanya gaji/ biasiswa/pinjaman..macam cukup-cukup je kalau duduk kat kL ni..hahaha..mungkin tu cara mereka atau mak bapak dia memang kaya raya.
Mungkin cara aku berfikir lain kot, benda-benda yang aku sebutkan tu tak ada pun salahnya untuk kita dapatkan atau rasai. Kalau mampu oklah kalau tak mampu "ubah cara hidup" jangan malu insyallah cukup time kita akan lebih mampu dari mereka. Aku share sikit la latar belakang family aku, Sejak aku remaja sampai dewasa kami sekeluarga memang suka berdikari kadang-kadang rasa susah, tak dapat nak dibayangkan mak bapak aku besar kan 9 orang anaknya dan kami tidaklah demand apa-apa, tak seperti anak-anak sekarang, hampeh!. Mungkin atas kesempitan begitu kami ada sikap kia su yang mahu senang dengan sendirinya tanpa harapkan mak bapak.Banyak juga la pengalaman susah kami dulu aku gunakan ke dalam dunia aku yang semakin dewasa ini.
So, aku berfikir panjang dan mengambil keputusan kita "ubah cara hidup" yang lebih jimat/ ada simpanan tetap bulanan /kesihatan yang sempurna dan lebih bertanggungjawab terhadap kedua ibu bapa dan keluarga dan paling penting amalan kita dgn tuhan tak boleh berjimat cermat. Kalau sebut cinta dan kawin nanti dulu kumpul duit dulu da.
Selamat datang 2012 dan aku bersedia untuk berubah.Dosa 2011 aku tinggalkan.
ubah cara hidup
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 9:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda di sini setelah selesai membaca. Terima kasih.