Setelah saya membaca dan mendengar beberapa cerita yang berkaitan dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w, barulah Allah s.w.t membuka hikmah dalam kotak pemikiran saya dengan lebih jelas dan meningkatkan keyakinan saya bahawa Nabi Muhammad pilihan Allah s.w.t, alhamdulilah. Apa yang ingin saya kongsikan di sini merupakan sedikit ilmu yang Allah berikan kepada saya yang segar dalam kotak pemikiran saya ini dan ianya menambahkan keimanan saya kepada junjungan kita.
Hanya Allah semata yang mempunyai hak mencipta dan menentukan pilihan, sebagaimana firman-Nya, ' Dan, Rabbmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Mahasuci Allah dan Maha tinggi dari apa yang mereka persekutukan."(Al-Qashash:68).
Muhammad s.a.w kekasih pilihan Allah- Antaranya:-
1.Sebelum kejadian Nabi Adam, Nur Muhammad telah terwujud di atas arasy.
2.Ketika Nabi Muhammad bertemu dengan Allah s.w.t di Sirdratul Muntaha, baginda ingin membuka sepatunya tetapi dilarang oleh Allah. Ini kelebihan yang diberikan kepada Muhammad kerana kejadian ini pernah berlaku ke atas Nabi Musa ketika ingin bertemu dengan Allah s.w.t dengan membuka sepatunya.
3.Ketika Allah s.w.t mengarahkan Malaikat Maut untuk mengambil nyawa baginda, diperintahkan kepadanya sekiranya Muhammad meminta kamu beredar pergi maka datanglah kembali kepadaKU.
4.Umat Muhammad akan mendahului memasuki ke syurga, kemudian diikuti umat-umat yang lain.
“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan
untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107)
Mohd Imran Nul Hakim
MUHAMMAD S.A.W. PILIHAN ALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda di sini setelah selesai membaca. Terima kasih.