Tahun 2008 bakal meninggalkan kita dan digantikan pula dengan tahun 2009. Sudah tentu tahun 2008 telah banyak meninggalkan kenangan, pengalaman, ranjau kehidupan yang telah dilalui pahit dan manis ditempuh jua bagi meneruskan hidup yang semakin berumur. Namun begitu semuanya dapat kita jadikan pengalaman baru, iktibar, bersemangat, berjiwa dan menampung kembali kekuatan yang bakal kita bina dalam diri untuk tahun 2009.
Isu masyarakat dunia yang semakin runcing pada tahun 2008, termasuklah krisis ekonomi dunia yang semakin parah pada hari ini. Baru saja 2009 ingin muncul datang pula malapetaka rejim zionis yang bertubi-tubi 24 jam membedil dan menjahanamkan kota palestin.
Di Malaysia sejak tsunami pilihan raya yang lalu banyak lompong-lompong yang terbuka dan mengawatkan keselesaan pemerintah yang ada sekarang. Lembaran 2008 ditutup dengan kemangkatan Duli Yang Mulia Tengku Jaafar, N. Sembilan. Tahun 2009 dibuka pula dengan bahang pilihan raya kecil di Terengganu dan pilihan raya kampus. Harga minyak Negara mula menurun hasil daripada ekonomi dunia.
Dalam diri kita pastinya kita mahukan perubahan yang menjadi nilai tambah bagi mengukuhkan kehidupan kita. Sudah tentulah ada keazaman yang jitu untuk tahun 2009 bagi setiap perancang yang akan dilaksanakan. Aspek moral dan kerohanian hendaklah diteruskan dan ditingkatkan bagi mewujudkan kekuatan diri, masyarakat dan Negara.
Tahun 2009 hendaklah bersedia darisegi kegagalan dan keupayaan serta kemenangan dalam apa jua lapangan bidang kehidupan. Kita patut bersyukur kepada ilahi kerana masih diberi nyawa dan masih berupaya menempuh hari demi hari yang semakin mencabar.
Mohd Imran Nul Hakim
2.30 petang (Bilik TNC Hepa UM)
AZAM TAHUN BARU 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Akulah orang pertama post komen utk ko dol...
hahaha!!!
dari UM ke MRSM...
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda di sini setelah selesai membaca. Terima kasih.