Bisikan desir, desing
Banyak gerombolan yang meronta-meronta
Mahukan aku disampingnya
Nyah! Kau dari sisi ku
Dari perahan hampas Al-Fatihah
Aku tunduk kan kau jadi maka jadilah
Dari setiap hembusan nafas Muhammad
Haruman dayu selubungi jasad ku
Rohku semakin segar
Kata Allah,
Jibril pun menyampai
Sahabat 4 bersatu
7 perkara jadi 1 kepada yang 1
Berkata-kata dengan sebaik kata
Kata Baginda Rasulluallah
Berbahagialah aku di sini dan di sana
Di mana-mana
Kerna aku bukan org yang tewas
Imran nul hakim
12.00 tgh hari
20 Ogos 2009
bukan orang yang tewas
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 9:03 PM 0 comments
Kategori Puisi
satu detik
Kesempurnaan kasih sayang
Ianya bermula
Pada detik-detik yang panjang
Yang tak pernah kita impikan
Dan ianya menjadi bahagia
Kerna kita pernah berduka pada satu detik
Kerna kita bersama pada detik ini
Senyuman yang menyimpan impian
Senantiasa kekal
Detik bahagia terubat segala
Berkali-kali kita bermula
Kita mahukan senyuman ini kekal
Yang datangnya dari hati
Sentuhan rasa
Jalinan detik semakin berdetik-detik
Tidak terhenti kerna ianya senantiasa bermula
Kasih sayang
Keampunan
Keindahan
Kemesraan
Dalam segenap sudut semakin beerti
Kadangkala sempat kita mulakan kembali detik ini
Tapi pernahkah kita terfikir
Ianya akan berakhir
Setelah semuanya bermula melalui detik ini
Aku merindui menanti detik ini
imran nul hakim
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 2:09 AM 0 comments
Kategori Puisi
Peminjam
Aku sekadar ambil sedikit kemegahan
Untukku bersyukur atas nikmat tuhanku
Aku sedar aku peminjam
Sebelum mataku pejam
Aku letakkan kembali namaku
Atas bibir-bibir yang terbuka
Harapan doa mereka
Turun rahmat dari tuhanku
Setelah mataku pejam
Aku letakkan namaku
Atas bibir-bibir petugas tuhanku
Di atas dulang bercahaya
Berikan pakaian harum putihku
Sambut rohku sehingga ke sidratunmuntaha
Atas langit ke tujuh
Kekasihku membawaku
Berjumpa zat tuhanku
Aku merindui
Menanti detik ini…..
Imran 9.50 p.m 12/3/09
Class politics of development country
FEA/3rd floor/room 1
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 5:26 AM 0 comments
ZIONIS PASTI HANCUR
Akan sampai masanya nanti golongan yahudi zionis ini akan diperangi sehingga hujung dunia. Maka pada ketika itu mereka akan berlari mencari tempat pelindungan, semua benda yang ada ada di muka bumi ini akan memberitahu tempat persembunyian mereka kecuali pokok Yahudi.
Umat islam seluruh dunia harus sedar bahawa kita hendaklah bersatu dalam memerangi kejahatan dan kezaliman zionis laknatullah. Kita hendaklah runtuhkan sistem ekonomi mereka dan sekutunya dengan memboikot segala macam barangan dan produk serta jenama mereka.
Ingatlah bahawa kita telah menghampiri kiamat yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 1:06 AM 0 comments
Kategori artikel
AZAM TAHUN BARU 2009
Tahun 2008 bakal meninggalkan kita dan digantikan pula dengan tahun 2009. Sudah tentu tahun 2008 telah banyak meninggalkan kenangan, pengalaman, ranjau kehidupan yang telah dilalui pahit dan manis ditempuh jua bagi meneruskan hidup yang semakin berumur. Namun begitu semuanya dapat kita jadikan pengalaman baru, iktibar, bersemangat, berjiwa dan menampung kembali kekuatan yang bakal kita bina dalam diri untuk tahun 2009.
Isu masyarakat dunia yang semakin runcing pada tahun 2008, termasuklah krisis ekonomi dunia yang semakin parah pada hari ini. Baru saja 2009 ingin muncul datang pula malapetaka rejim zionis yang bertubi-tubi 24 jam membedil dan menjahanamkan kota palestin.
Di Malaysia sejak tsunami pilihan raya yang lalu banyak lompong-lompong yang terbuka dan mengawatkan keselesaan pemerintah yang ada sekarang. Lembaran 2008 ditutup dengan kemangkatan Duli Yang Mulia Tengku Jaafar, N. Sembilan. Tahun 2009 dibuka pula dengan bahang pilihan raya kecil di Terengganu dan pilihan raya kampus. Harga minyak Negara mula menurun hasil daripada ekonomi dunia.
Dalam diri kita pastinya kita mahukan perubahan yang menjadi nilai tambah bagi mengukuhkan kehidupan kita. Sudah tentulah ada keazaman yang jitu untuk tahun 2009 bagi setiap perancang yang akan dilaksanakan. Aspek moral dan kerohanian hendaklah diteruskan dan ditingkatkan bagi mewujudkan kekuatan diri, masyarakat dan Negara.
Tahun 2009 hendaklah bersedia darisegi kegagalan dan keupayaan serta kemenangan dalam apa jua lapangan bidang kehidupan. Kita patut bersyukur kepada ilahi kerana masih diberi nyawa dan masih berupaya menempuh hari demi hari yang semakin mencabar.
Mohd Imran Nul Hakim
2.30 petang (Bilik TNC Hepa UM)
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 10:28 PM 1 comments
Kategori ARTIEL
MUHAMMAD S.A.W. PILIHAN ALLAH
Setelah saya membaca dan mendengar beberapa cerita yang berkaitan dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w, barulah Allah s.w.t membuka hikmah dalam kotak pemikiran saya dengan lebih jelas dan meningkatkan keyakinan saya bahawa Nabi Muhammad pilihan Allah s.w.t, alhamdulilah. Apa yang ingin saya kongsikan di sini merupakan sedikit ilmu yang Allah berikan kepada saya yang segar dalam kotak pemikiran saya ini dan ianya menambahkan keimanan saya kepada junjungan kita.
Hanya Allah semata yang mempunyai hak mencipta dan menentukan pilihan, sebagaimana firman-Nya, ' Dan, Rabbmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Mahasuci Allah dan Maha tinggi dari apa yang mereka persekutukan."(Al-Qashash:68).
Muhammad s.a.w kekasih pilihan Allah- Antaranya:-
1.Sebelum kejadian Nabi Adam, Nur Muhammad telah terwujud di atas arasy.
2.Ketika Nabi Muhammad bertemu dengan Allah s.w.t di Sirdratul Muntaha, baginda ingin membuka sepatunya tetapi dilarang oleh Allah. Ini kelebihan yang diberikan kepada Muhammad kerana kejadian ini pernah berlaku ke atas Nabi Musa ketika ingin bertemu dengan Allah s.w.t dengan membuka sepatunya.
3.Ketika Allah s.w.t mengarahkan Malaikat Maut untuk mengambil nyawa baginda, diperintahkan kepadanya sekiranya Muhammad meminta kamu beredar pergi maka datanglah kembali kepadaKU.
4.Umat Muhammad akan mendahului memasuki ke syurga, kemudian diikuti umat-umat yang lain.
“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan
untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107)
Mohd Imran Nul Hakim
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 9:34 AM 0 comments
Kategori artikel