Al-Quds yang subur
Menghimpunkan kekasih-kekasih tuhan
Terhimpun kisah manusia dengan hikayat yang nyata
Tersimpan rapi rahsia perbendaharaan
Bangkit jiwa yang tersembunyi
Bersuara pelangi di siang hari
Melimpahi bumi berdarah suci
Laungan bintang berkedip di malam hari
Luruh menyinari hati nurani
Aduhai siang
ditengelami malam
sehingga terbit fajarmu
Mereka masih bermalaman
Aduhai malam
ditengelami siang
sehingga terbit senjamu
Mereka masih kesiangan
Bumi yang berwajah manusia
Masih tersenyum bersama tangan-tangan dusta.
aku 16/7/2012
Al-Quds di Siang & Malam
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 8:26 PM 0 comments
Kategori Puisi
bukan orang yang tewas
Bisikan desir, desing
Banyak gerombolan yang meronta-meronta
Mahukan aku disampingnya
Nyah! Kau dari sisi ku
Dari perahan hampas Al-Fatihah
Aku tunduk kan kau jadi maka jadilah
Dari setiap hembusan nafas Muhammad
Haruman dayu selubungi jasad ku
Rohku semakin segar
Kata Allah,
Jibril pun menyampai
Sahabat 4 bersatu
7 perkara jadi 1 kepada yang 1
Berkata-kata dengan sebaik kata
Kata Baginda Rasulluallah
Berbahagialah aku di sini dan di sana
Di mana-mana
Kerna aku bukan org yang tewas
Imran nul hakim
12.00 tgh hari
20 Ogos 2009
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 9:03 PM 0 comments
Kategori Puisi
satu detik
Kesempurnaan kasih sayang
Ianya bermula
Pada detik-detik yang panjang
Yang tak pernah kita impikan
Dan ianya menjadi bahagia
Kerna kita pernah berduka pada satu detik
Kerna kita bersama pada detik ini
Senyuman yang menyimpan impian
Senantiasa kekal
Detik bahagia terubat segala
Berkali-kali kita bermula
Kita mahukan senyuman ini kekal
Yang datangnya dari hati
Sentuhan rasa
Jalinan detik semakin berdetik-detik
Tidak terhenti kerna ianya senantiasa bermula
Kasih sayang
Keampunan
Keindahan
Kemesraan
Dalam segenap sudut semakin beerti
Kadangkala sempat kita mulakan kembali detik ini
Tapi pernahkah kita terfikir
Ianya akan berakhir
Setelah semuanya bermula melalui detik ini
Aku merindui menanti detik ini
imran nul hakim
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 2:09 AM 0 comments
Kategori Puisi
ALAM SEMALAM KELAM TERPENDAM
Panggung semar menutup tirai
Ada jalan yang terbuka
Susuk tegap menyusur membelah angin
Meninggalkan mimbar emas
Ada isi Sang saka guru-guru
Segenap ilmu memayungi tubuh
Tatkala keris menghunus
Cahaya azimat menyelubungi
Pancaran hikmat mentera hikmah
Melingkari dipenjuru sendi
Berbicara Sang saka guru-guru
Kepada yang hasad
Bolekah kau menongkat langit?.
Berbicara Sang saka guru-guru
Kepada pemfitnah
Sanggupkah kau menahan sesahan mungkar nangkir?.
Berbicara Sang saka guru-guru
Kepada yang pembohong
Mulut kau busuk kerna daging hitam dalam perutmu.
Berbicara Sang saka guru-guru
Kepada yang munafik
Tebal kulit wajah mu menahan bara neraka?.
Berpencak Sang saka guru-guru dalam gelanggang malam
Gelanggang pasir bewarna hitam
Bertukar-tukar warna mengikut langkah
Melompat ke luar menjadi putih berdebu wangi
Hanya ditinggalkan setanjak bersama bengkung
Dibawa bersama keris waris
Selempang merah atas bahu
Akar bahar melilit tangan
besi semboja di dada
menyeru alam lain
meninggalkan malam
Alam semalam kelam terpendam....
Oleh: Mohd Imran Nul Hakim
7 Ogos 2008 jam 3:27 pagi
Untuk ayahanda Prof Dato' Dr.Hashim Yaacob ilham dari puisi “selamat tinggal malam”.
Posted by Mohd Imran Nul Hakim Derasip at 8:26 PM 0 comments
Kategori Puisi